Wednesday 11 May 2011

SEPATAH KATA

KATA KERJA HAMPIR SAMA MAKSUD

BIL
KATA KERJA
MAKSUD
AYAT
1.
Memotong
Perbuatan menjadikan sesuatu lebih kecil, berkeping-keping, terbahagi kepada beberapa bahagian dan sebagainya.
Kasman memotong kek itu kepada beberapa bahagian lalu diberikan kepada rakan-rakannya.
2.
Menebang
Perbuatan memotong habis pokok kayu yang besar atau agak besar.
Kami Berjaya menebang pokok meranti yang tinggi itu.
3.
Mengerat
Perbuatan menjadikan sesuatu beberapa bahagian. (Tidak sesuai digunakan untuk makanan)
Bapa sedang mengerat kayu di belakang rumah.
4.
Memangkas
Memendekkan sesuatu dengan cara memotong seperti hujung rumput atau pokok.
Pekerja itu sedang memangkas dahan pokok yang menghalang pemandangan di tepi jalan raya.

Mak Cik Salmah memotong sayur,
Pak Cik Tam pula menebang pokok,
Jangan suka bercakap kasar,
Agar sifatmu sentiasa elok


KATA BANYAK MAKNA

Mempunyai lebih daripada satu maksud
PERKATAAN
MAKNA
CONTOH AYAT

       
Dalam
1.   Tidak cetek
Para nelayan tidak digalakkan menangkap ikan di laut dalam pada musim tengkujuh ini.
2.  Bahagian yang berlawanan dengan luar
Masukkan buku itu ke dalam kotak.
3.   Berkaitan
Dalam hal ini, saya akan masuk campur.
4.   Bukan sedikit
Kakak mempunyai pengetahuan yang dalam tentang bidang kedoktoran.
5.   Tempoh masa tertentu
Dalam masa yang singkat sahaja dia telah sampai ke hujung simpang itu.

Selat Melaka dalam dan luas, 
Laluan pedagang sehingga kini,
  Carilah ilmu dan pehala selagi bernafas 
Agar sepanjang hayatmu tidak disesali.



PENJODOH BILANGAN

Digunakan di depan kata atau nama bagi menguatkan aspek bilangan

PENJODOH BILANGAN
PENGGUNAAN
CONTOH AYAT
1.   Angkatan
Benda-benda yang berkelompok atau berkumpulan seperti polis, tentera, kapal, pelukis, penulis dan sebagainya.
Seangkatan tentera Siam menyerang negeri Melaka.
2.   Baris
Benda-benda/manusia yang berbaris atau berderet seperti kerusi, meja, orang, pokok, kedai, ayat, askar, dan sebagainya.
Tiga baris kedai itu hangus dijilat api.
3.   bentuk
benda kecil yang bentuknya berkeluk atau melengkung seperti cincin, mata kail, subang dan sebagainya.
Di dalam bungkusan itu terdapat beberapa bentuk mata kail.
4.    Bidang
Benda luas, terbentang luas, rata atau lebar seperti tikar, permaidani, layar, sawah, tanah, kebun, bendang, kain khemah, dan sebagainya.
Beberapa bidang tanah di kawasan itu telah diusahakan dengan tanaman jagung oleh pemiliknya.

No comments:

Post a Comment