Saturday 15 October 2016

Taboi-aboi Dusun

Taboi-aboi Dusun

Impa oku tuod-tuod
Oimpa ku mitatabang
Oilaan ku yodu ku
Kitimbok do rugading

Haro batad haro batad
Rinidis ku sopituru
Turu da o tanak ku
Nga matad tatad o tiso

Mirit irit noh lo pirit
Hilo duntu dilo dahu
Kada noh mirit irit
Miagal kito toitom

Hombo tadon nu umpisau
Mantad oku karanahan
Nunu ka bindai hilo
Id kayu minsosoringid

Thursday 12 May 2011

PROSES KAUNSELING

 PENGENALAN KEPADA PROSES KAUNSELING

1. Proses kaunseling adalah satu percakapan yang dikemukakan oleh seseorang klien mengenai dirinya dan juga permasalahan yang dihadapinya dan tindakan yang akan diambil selepas itu mengikut Patterson 1986, dan Rogers (1977).

2. Hansen, Smith dan Warner (1981), proses kaunseling membantu seseorang individu dalam proses membuat keputusan dalam mana kaunselor menggunakan pengetahuan tingkah laku untuk membantu klien.

3. Shetzer dan Stone (1981), pula menyatakan proses kaunseling adalah proses pembelajaran yang dijalankan bagi menolong individu yang memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas dan terang.

4. Rogers (1977), pula menyatakan proses kaunseling ialah perbincangan dua orang dan kesan daripada proses ini adalah timbul kesedaran dan kefahaman antara kedua-dua pihak kemudian bersetuju mengambil langkah seterusnya.

5. Sementara Arbuckle (1977), menjelaskan proses kaunseling adalah membantu individu mengemas dan menghapuskan halangan-halangan yang menyekat dan mengusutkan dirinya supaya ia dapat menjadi dirinya yang sebenar.

6. Proses Kaunseling juga adalah proses interaksi yang memberikan kemudahan yang bermakna berhubung dengan diri sendiri dan persekitarannya bagi menghasilkan pembentukan tingkah laku pada masa hadapan menurut Rainwater (1979).

7. Bagi Dustin dan Georga (1977), proses kaunseling ialah satu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian.

8. Sementara Kell dan Mueller (1966), dalam Corey (2001) proses kaunseling adalah satu proses yang sistematik seseorang klien dapat membina satu matlamat yang konkrit dan segi pemikirannya kepada satu bentuk perubahan yang intelektualnya.

        Secara kesimpulannya, dapatlah dijelaskan bahawa proses kaunseling melibatkan seseorang kaunselor dengan klien dalam situasi bersemuka dan berusaha bersama-sama ke arah pembangunan diri dan matlamat kaunseling.

Wednesday 11 May 2011

SEPATAH KATA

KATA KERJA HAMPIR SAMA MAKSUD

BIL
KATA KERJA
MAKSUD
AYAT
1.
Memotong
Perbuatan menjadikan sesuatu lebih kecil, berkeping-keping, terbahagi kepada beberapa bahagian dan sebagainya.
Kasman memotong kek itu kepada beberapa bahagian lalu diberikan kepada rakan-rakannya.
2.
Menebang
Perbuatan memotong habis pokok kayu yang besar atau agak besar.
Kami Berjaya menebang pokok meranti yang tinggi itu.
3.
Mengerat
Perbuatan menjadikan sesuatu beberapa bahagian. (Tidak sesuai digunakan untuk makanan)
Bapa sedang mengerat kayu di belakang rumah.
4.
Memangkas
Memendekkan sesuatu dengan cara memotong seperti hujung rumput atau pokok.
Pekerja itu sedang memangkas dahan pokok yang menghalang pemandangan di tepi jalan raya.

Mak Cik Salmah memotong sayur,
Pak Cik Tam pula menebang pokok,
Jangan suka bercakap kasar,
Agar sifatmu sentiasa elok


KATA BANYAK MAKNA

Mempunyai lebih daripada satu maksud
PERKATAAN
MAKNA
CONTOH AYAT

       
Dalam
1.   Tidak cetek
Para nelayan tidak digalakkan menangkap ikan di laut dalam pada musim tengkujuh ini.
2.  Bahagian yang berlawanan dengan luar
Masukkan buku itu ke dalam kotak.
3.   Berkaitan
Dalam hal ini, saya akan masuk campur.
4.   Bukan sedikit
Kakak mempunyai pengetahuan yang dalam tentang bidang kedoktoran.
5.   Tempoh masa tertentu
Dalam masa yang singkat sahaja dia telah sampai ke hujung simpang itu.

Selat Melaka dalam dan luas, 
Laluan pedagang sehingga kini,
  Carilah ilmu dan pehala selagi bernafas 
Agar sepanjang hayatmu tidak disesali.



PENJODOH BILANGAN

Digunakan di depan kata atau nama bagi menguatkan aspek bilangan

PENJODOH BILANGAN
PENGGUNAAN
CONTOH AYAT
1.   Angkatan
Benda-benda yang berkelompok atau berkumpulan seperti polis, tentera, kapal, pelukis, penulis dan sebagainya.
Seangkatan tentera Siam menyerang negeri Melaka.
2.   Baris
Benda-benda/manusia yang berbaris atau berderet seperti kerusi, meja, orang, pokok, kedai, ayat, askar, dan sebagainya.
Tiga baris kedai itu hangus dijilat api.
3.   bentuk
benda kecil yang bentuknya berkeluk atau melengkung seperti cincin, mata kail, subang dan sebagainya.
Di dalam bungkusan itu terdapat beberapa bentuk mata kail.
4.    Bidang
Benda luas, terbentang luas, rata atau lebar seperti tikar, permaidani, layar, sawah, tanah, kebun, bendang, kain khemah, dan sebagainya.
Beberapa bidang tanah di kawasan itu telah diusahakan dengan tanaman jagung oleh pemiliknya.

FITRAH MANUSIA

FITRAH MANUSIA

KONSEP FITRAH MANUSIA
Ø  Mengikut kamus dewan (1984) perkataan fitrah berasal dari bhsa Arab yang membawa erti sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan keagamaan.
Ø  Jadi, fitrah manusia blh diertikan sbg sifat insane yang mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan.
Ø  Fitrah manusia biasanya digolongkan alam dua katogeri:
1.      kejasmanian, kebendaan dan keduniaan
2.      kerohanian, ketuhanan dan keakhiratan.

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA AWAL REMAJA

KONSEP ASAS PETMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Ø  Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga kematangan
Ø  Mengikut kajian, perkembangan manusia dari segi perubahan jasmani, kognitif, emosi, sisal dan rohani adalah depengaruhi oleh dua faktor utama iaitu:
1.      faktor baka
2.      faktor persekitaran
Ø  ia sering dikaitkan dgn pertumbuhan yang asas merupakan perubahan tubuh badan.
Ø  Manakala konsep perkembangan pada dasarnya ialah perubahan tingkah laku mental.
Ø  Jadual berikut menghuraikan secara ringkas ttg. Perbezaan diant. Pertumbuhan dangan perkembangan dari aspek jasmani, mental, emosi dan social:

ASPEK
PERTUMBUHAN
PERKEMBANGAN
Jasmani
Pertumb. Saiz,berat,gigi, organ deria dan anggota.
Kemahiran mengguanakan pertumb. Fizikal spt berjalan, melihat, mendengar,dn membuat kerja.
Mental
Bertambah keupayaan berfikir.
Kemahiran berfikir, mengingat, menaakul dn menganalisis.
Emosi
Perasaan seronok, gembira, duka, takut, bimbang dn sedih.
Kemahiran mengenal perasaan dalam situasi tertentu.
Sosial
Meluaskan perhubg, komunikasi dan pergaulan dgn org lain.
Kemahiran mendisiplinkn diri dn penyesuaian diri dlm pergaulan dgn org lain.

PERINGKAT PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
1.      Peringkat pralahir                          (dlm kandungan)
2.      peringkat bayi                               (0-2 tahun)
3.      Peringkat awal kanak-kanak         (2-6 tahun)
4.      Peringkat akhir kanak-kanak         (6-12 tahun)
5.      Peringkat awal remaja                   (12-16 tahun)
6.      Peringkat akhir remaja                  (16-21 tahun)
7.      Peringkat dewasa                          (21-60 tahun)
8.      Peringkat tua                                 (60 keatas)


Ø  Perkembangan boleh dilihat melalui beberapa aspek
1.      Piskomotor
2.      Mental (kognitif)
3.      Emosi, social
4.      Bahasa


TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
1.      Teori perkembangan Kognitif-Jasmani: Jean Piaget (1896-1980)
2.      Teori Piskoanalisis Sigmund Freud
3.      Teori perkembangan Piskososial Erikson
4.      Teori Ethologi Lorenz
5.      Teori Perkembangan Ekologikal
6.      Teori perkembangan Arnld Gesell
7.      Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst


PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA AWAL REMAJA

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA AWAL REMAJA
Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan
Pertumbuhan membawa maksud sebarang perubahan yang boleh dinilai atau diukur secara kuantiti dan boleh diukur daripada suatu peringkat perkembangan yang tertentu ke peringkat perkembangan yang lain yang lebih nilainya daripada yang asal. Perubahan-perubahan tersebut berlaku dalam bentuk yang dapat dilihat dengan mata kasar misalnnya sifat luaran seperti saiz dan berat badan dan ia boleh diukur secara kuantitatif. Proses pertumbuhan akan mencapai kemuncaknnya apabila seseorang mencapai tahap kematangan. Aspek-aspek mental dan fizikal bersama-sama membantu secara tidak langsung dalam proses pertumbuhan tersebut.
Berbeza dengan aspek pertumbuhan yang boleh diukur dengan aspek kuantitatif, aspek perkembangan pula tidak boleh diukur secara kuantitatif dan ia bersifat kualitatif. Walaubagaimanapun perkembangan seseorang individu dapat dikesan misalnnya situasi seorang bayi yang menangis apabila berhajatkan sesuatu seperti susu. Namun pada usia tertentu, bayi tersebut mampu menunjukkan isyarat tangan atau isyarat tertentu apabila meminta sesuatu. Ini menunjukkan bahawa bayi tersebut telah mengalami proses perkembangan iaitu daripada hanya menangis apabila berkehendakkan sesuatu seperti susu kepada menunjukkan tangan atau memberkan isyarat tertentu.
Oleh itu di sini dapat dirumuskan bahawa pertumbuhan berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap kematangan manakala perkembangan adalah proses yang berlaku tanpa had sempadan tertentu sehingga seseorang itu menghembuskan nafasnnya yang terakhir. Aspek pertumpuhan dan perkembangan dapat dibezakan melalui aspek-aspek yang berikut.

ASPEK
PERTUMBUHAN
PERKEMBANGAN
Jasmani
Pertumb. Saiz,berat,gigi, orangan deria dan anggota.
Kemahiran mengguanakan pertumb. Fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar,dan membuat kerja.
Mental
Bertambah keupayaan berfikir.
Kemahiran berfikir, mengingat, menaakul dan menganalisis.
Emosi
Perasaan seronok, gembira, duka, takut, bimbang dan sedih.
Kemahiran mengenal perasaan dalam situasi tertentu.
Sosial
Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain.
Kemahiran mendisiplinkn diri dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.


PERINGKAT PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
            Pertumbuhan dan perkembangan adalah proses yang saling berinteraksi di antara satu sama lin. Misalnnya seseorang murid yang mengalami masalah pertumbuhan jasmani, masalah tersebut akan mempengaruhi perkembanan sosial, emosi dan rohani mereka secara tidak langsung. Pola-pola pertumbuhan dan perkembangan boleh diperhatikan dan diramalkan. Pola-pola tersebut dapat dikesan sejak kelahiran seseorang sehingga mereka meninggal dunia.
            Pola-pola pertumbuhan dan perkembangan secara umumnnya boleh dinyatakan dalam jadual di bawah.

Peringkat
Umur
1.
Peringkat pralahir
(dalam kandungan)
2.
peringkat bayi
(0-2 tahun)
3.
Peringkat awal kanak-kanak
(2-6 tahun)
4.
Peringkat akhir kanak-kanak
(6-12 tahun)
5.
Peringkat awal remaja
(12-16 tahun)
6.
Peringkat akhir remaja
(16-21 tahun)
7.
Peringkat dewasa
(21-60 tahun)
8.
Peringkat tua
(60 keatas)
Jadual Peringkat Pertumbuhan dan Perkembangan.

Peringkat yang banyak menampakkan unsur pertumbuhan dan perkembangan seseorang adalah peringkat bayi hinggalah peringkat akhir kanak-kanak iaitu semasa mereka berumur 10 tahun hingga 12 tahun. Dalam lingkungan umur tersebut terdapat pelbagai perubahan unik yang berlaku. Perubahan-perubahan tersebut yang utama adalah dalam aspek-aspek psikomotor (jasmani), mental (kognitif), emosi dan sosial serta perkembangan bahasa. Perubahan-perubahan tersebut dapat dihuraikan dalam jadual yang berikut.

Jadual perkembangan psikomotor (Jasmani)
Peringkat
Umur (tahun)
Aspek perkembangan


Bayi


0-2
-mula perolehi koordinasi & kwln otot,tulang masi lembut
-mula kenal obj alm sktr mll organ deria & tgn
-beza suara keluarga
-p’lihatn & p’dgrn blm bkembang sempurna.
Awal kanak2
2-6
-Tbh bdn >bsr,tegap & tgi
-1 set gigi susu
->aktf guna kaki &tgn
-otak bkembng > bsr & t’kawal
Kanak2
6-12
-p’yelarasan motor & kwln tbh bdn > baik
-otot mata matang utk m’baca
-pdgrn > tajam
-sel2 otak capai 60% berat org dewasa