Thursday 12 May 2011

PROSES KAUNSELING

 PENGENALAN KEPADA PROSES KAUNSELING

1. Proses kaunseling adalah satu percakapan yang dikemukakan oleh seseorang klien mengenai dirinya dan juga permasalahan yang dihadapinya dan tindakan yang akan diambil selepas itu mengikut Patterson 1986, dan Rogers (1977).

2. Hansen, Smith dan Warner (1981), proses kaunseling membantu seseorang individu dalam proses membuat keputusan dalam mana kaunselor menggunakan pengetahuan tingkah laku untuk membantu klien.

3. Shetzer dan Stone (1981), pula menyatakan proses kaunseling adalah proses pembelajaran yang dijalankan bagi menolong individu yang memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas dan terang.

4. Rogers (1977), pula menyatakan proses kaunseling ialah perbincangan dua orang dan kesan daripada proses ini adalah timbul kesedaran dan kefahaman antara kedua-dua pihak kemudian bersetuju mengambil langkah seterusnya.

5. Sementara Arbuckle (1977), menjelaskan proses kaunseling adalah membantu individu mengemas dan menghapuskan halangan-halangan yang menyekat dan mengusutkan dirinya supaya ia dapat menjadi dirinya yang sebenar.

6. Proses Kaunseling juga adalah proses interaksi yang memberikan kemudahan yang bermakna berhubung dengan diri sendiri dan persekitarannya bagi menghasilkan pembentukan tingkah laku pada masa hadapan menurut Rainwater (1979).

7. Bagi Dustin dan Georga (1977), proses kaunseling ialah satu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian.

8. Sementara Kell dan Mueller (1966), dalam Corey (2001) proses kaunseling adalah satu proses yang sistematik seseorang klien dapat membina satu matlamat yang konkrit dan segi pemikirannya kepada satu bentuk perubahan yang intelektualnya.

        Secara kesimpulannya, dapatlah dijelaskan bahawa proses kaunseling melibatkan seseorang kaunselor dengan klien dalam situasi bersemuka dan berusaha bersama-sama ke arah pembangunan diri dan matlamat kaunseling.

No comments:

Post a Comment