Wednesday 11 May 2011

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA AWAL REMAJA

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA AWAL REMAJA
Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan
Pertumbuhan membawa maksud sebarang perubahan yang boleh dinilai atau diukur secara kuantiti dan boleh diukur daripada suatu peringkat perkembangan yang tertentu ke peringkat perkembangan yang lain yang lebih nilainya daripada yang asal. Perubahan-perubahan tersebut berlaku dalam bentuk yang dapat dilihat dengan mata kasar misalnnya sifat luaran seperti saiz dan berat badan dan ia boleh diukur secara kuantitatif. Proses pertumbuhan akan mencapai kemuncaknnya apabila seseorang mencapai tahap kematangan. Aspek-aspek mental dan fizikal bersama-sama membantu secara tidak langsung dalam proses pertumbuhan tersebut.
Berbeza dengan aspek pertumbuhan yang boleh diukur dengan aspek kuantitatif, aspek perkembangan pula tidak boleh diukur secara kuantitatif dan ia bersifat kualitatif. Walaubagaimanapun perkembangan seseorang individu dapat dikesan misalnnya situasi seorang bayi yang menangis apabila berhajatkan sesuatu seperti susu. Namun pada usia tertentu, bayi tersebut mampu menunjukkan isyarat tangan atau isyarat tertentu apabila meminta sesuatu. Ini menunjukkan bahawa bayi tersebut telah mengalami proses perkembangan iaitu daripada hanya menangis apabila berkehendakkan sesuatu seperti susu kepada menunjukkan tangan atau memberkan isyarat tertentu.
Oleh itu di sini dapat dirumuskan bahawa pertumbuhan berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap kematangan manakala perkembangan adalah proses yang berlaku tanpa had sempadan tertentu sehingga seseorang itu menghembuskan nafasnnya yang terakhir. Aspek pertumpuhan dan perkembangan dapat dibezakan melalui aspek-aspek yang berikut.

ASPEK
PERTUMBUHAN
PERKEMBANGAN
Jasmani
Pertumb. Saiz,berat,gigi, orangan deria dan anggota.
Kemahiran mengguanakan pertumb. Fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar,dan membuat kerja.
Mental
Bertambah keupayaan berfikir.
Kemahiran berfikir, mengingat, menaakul dan menganalisis.
Emosi
Perasaan seronok, gembira, duka, takut, bimbang dan sedih.
Kemahiran mengenal perasaan dalam situasi tertentu.
Sosial
Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain.
Kemahiran mendisiplinkn diri dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.


PERINGKAT PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
            Pertumbuhan dan perkembangan adalah proses yang saling berinteraksi di antara satu sama lin. Misalnnya seseorang murid yang mengalami masalah pertumbuhan jasmani, masalah tersebut akan mempengaruhi perkembanan sosial, emosi dan rohani mereka secara tidak langsung. Pola-pola pertumbuhan dan perkembangan boleh diperhatikan dan diramalkan. Pola-pola tersebut dapat dikesan sejak kelahiran seseorang sehingga mereka meninggal dunia.
            Pola-pola pertumbuhan dan perkembangan secara umumnnya boleh dinyatakan dalam jadual di bawah.

Peringkat
Umur
1.
Peringkat pralahir
(dalam kandungan)
2.
peringkat bayi
(0-2 tahun)
3.
Peringkat awal kanak-kanak
(2-6 tahun)
4.
Peringkat akhir kanak-kanak
(6-12 tahun)
5.
Peringkat awal remaja
(12-16 tahun)
6.
Peringkat akhir remaja
(16-21 tahun)
7.
Peringkat dewasa
(21-60 tahun)
8.
Peringkat tua
(60 keatas)
Jadual Peringkat Pertumbuhan dan Perkembangan.

Peringkat yang banyak menampakkan unsur pertumbuhan dan perkembangan seseorang adalah peringkat bayi hinggalah peringkat akhir kanak-kanak iaitu semasa mereka berumur 10 tahun hingga 12 tahun. Dalam lingkungan umur tersebut terdapat pelbagai perubahan unik yang berlaku. Perubahan-perubahan tersebut yang utama adalah dalam aspek-aspek psikomotor (jasmani), mental (kognitif), emosi dan sosial serta perkembangan bahasa. Perubahan-perubahan tersebut dapat dihuraikan dalam jadual yang berikut.

Jadual perkembangan psikomotor (Jasmani)
Peringkat
Umur (tahun)
Aspek perkembangan


Bayi


0-2
-mula perolehi koordinasi & kwln otot,tulang masi lembut
-mula kenal obj alm sktr mll organ deria & tgn
-beza suara keluarga
-p’lihatn & p’dgrn blm bkembang sempurna.
Awal kanak2
2-6
-Tbh bdn >bsr,tegap & tgi
-1 set gigi susu
->aktf guna kaki &tgn
-otak bkembng > bsr & t’kawal
Kanak2
6-12
-p’yelarasan motor & kwln tbh bdn > baik
-otot mata matang utk m’baca
-pdgrn > tajam
-sel2 otak capai 60% berat org dewasa

No comments:

Post a Comment